AHMAD, seorang warga tempatan membeli minyak masak peket bersubsidi di sebuah pasar raya. Soharto, seorang warga Indonesia yang berada di negara ini juga turut membelinya dengan harga RM2.50 per kilogram (kg). Jika mengikut harga pasaran, harga minyak masak tanpa subsidi bagi botol 1kg adalah sekitar RM6.90. Ini bermakna Soharto mendapat ‘duit rakyat’ melalui subsidi kerajaan itu bernilai RM4.40. Ini baru dikira seorang warga asing yang membeli 1kg minyak masak, bagaimana…