Ruang awam milik rakyat, tidak perlu kelulusan DBKL

Ruang awam milik rakyat, tidak perlu kelulusan DBKL

dbkl
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANDIRI dengan tegas mengecam kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyatakan bahawa aktiviti membaca buku di Dataran Merdeka memerlukan kelulusan pihak berkuasa.

Aktiviti rekreasi yang berasaskan buku dan ilmu, bukanlah bentuk perhimpunan yang mengganggu ketenteraman awam. Malah, aktiviti-aktiviti sebegini menghidupkan ruang awam dengan budaya, kesedaran, dan memberikan manfaat kepada masyarakat agar tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat.

Kami melihatnya tiada beza daripada aktiviti berpiknik bersama rakan-rakan atau keluarga. Adakah aktiviti sebegitu juga memerlukan kelulusan pihak DBKL?

Justeru, MANDIRI menegaskan:
1. Aktiviti berasaskan buku dan ilmu secara aman di ruang awam tidak tergolong di bawah takrif perhimpunan yang memerlukan pemakluman kepada pihak polis, seperti yang termaktub di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
2. Sekalipun kami menganjurkan perhimpunan aman, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah mengumumkan moratorium terhadap penguatkuasaan Seksyen 11 Akta tersebut. Ini selari dengan komitmen kerajaan untuk meminda akta berkenaan, dan cadangan pindaan itu telahpun diumumkan untuk dibentangkan pada Oktober ini.

Kenyataan DBKL ini bukan sahaja bercanggah dengan dasar kerajaan, malah menunjukkan kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk mengikuti perkembangan dasar semasa. Ia juga menunjukan ketidakfahaman terhadap semangat demokrasi dan hak rakyat untuk menggunakan ruang awam.

MANDIRI dengan tegas berpendirian dan kami sangat percaya bahawa sebagai sebuah negara demokrasi, ruang awam perlu digunakan semaksimumnya tanpa sebarang sekatan.

Wong KuKui
Penyelaras, MANDIRI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN