PERKEMBANGAN menarik dalam arena politik tanah air pada minggu ini adalah apabila Nurul Izzah Anwar menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ibarat tiada angin, tiada ribut, tanpa sebarang pengumuman atau isyarat awal, ia dianggap mengejutkan kerana sebelum ini bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu hanya menyatakan hasrat untuk bertanding mengisi jawatan Naib Presiden. Dengan nama-nama besar lain seperti Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari;…