KENAIKAN 19 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025, ke kedudukan ke-88 daripada 180 negara, menjadi pencapaian yang tidak boleh dipandang ringan. Buat pertama kali dalam lebih satu dekad, Malaysia menunjukkan kemajuan yang meyakinkan dalam usaha menstrukturkan semula ekosistem media, satu arena yang sebelum ini dikenali dengan kawalan ketat, pengaruh politik dan ketelusan yang meragukan. Namun seperti mana-mana anjakan dalam sistem yang telah lama terbenam dalam budaya kawalan, soal…










