HARI ini dirai bagi meningkatkan kesedaran tentang kepupusan biodiversiti dan mendorong usaha pemuliharaan, sejak 2000 lagi. Pelbagai pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), saintis, komuniti Orang Asli, dan syarikat mempunyai pandangan berbeza tentang kepentingannya, tetapi semua sepakat mahukan penyelesaian ‘menang-menang’. Sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia komited dalam memulihara biodiversiti melalui Rangka Kerja Biodiversiti Global Kunming-Montreal (GBF) 2022-2030. Walaupun Pelan Strategik Biodiversiti 2011-2020 sudah tamat, Malaysia kini menyelaraskan Dasar Kebangsaan Kepelbagaian Biologi (NPBD) dengan sasaran GBF. Dari peringkat global, pencapaian utama Hari Biodiversiti dapat meningkatkan kesedaran dengan menyuarakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya