MICROSOFT baru-baru ini mengumumkan langkah memberhentikan kira-kira 6,000 pekerja iaitu bersamaan dengan tiga peratus daripada tenaga kerjanya, atas alasan penyusunan semula dan pelaburan dalam teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan (AI). Microsoft bukan satu-satunya syarikat yang membuat keputusan drastik ini. Google, Amazon, Meta dan lain-lain juga mengambil langkah serupa sejak 2023. Trend ini memberi gambaran jelas penggunaan teknologi automasi, AI generatif dan robotik semakin menjadi pilihan utama syarikat besar dalam mengurus…










