INOVASI sosial menjadi elemen penting dalam menangani pelbagai cabaran sosioekonomi dihadapi masyarakat moden. Ia bukan sekadar penyelesaian baharu yang lebih berkesan dan efisien, tetapi juga satu pendekatan holistik dalam membangunkan kesejahteraan sosial secara menyeluruh. Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperkenalkan Dasar Inovasi Sosial (DIS) 2025-2030 yang dilancarkan pada Disember tahun lalu sebagai komitmen dalam memperkasakan masyarakat dengan penyelesaian inovatif. Ia dapat meningkatkan taraf hidup dan merapatkan jurang…










