Narsistik, dia sahaja kah yang betul?

Narsistik, dia sahaja kah yang betul?

MASALAH narsistik alam rumah tangga boleh menyebabkan perselisihan faham, penderaan dan kecederan fizikal. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saya sedikit tersentap membaca laporan media mengenai kejadian perselisihan , pergaduhan dan mangsa keganasan rumah tangga termasuklah yang melibatkan artis dan selebriti yang dikatakan berpunca daripada sikap narsistik.

Kecederaan yang menimpa mangsa menyebabkan kita tertanya tanya siapakah pelakunya kerana mangsa seolah olah diperlakukan begitu teruk.

Agak mengejutkan juga sekiranya mangsa didera atau dikasari oleh mereka yang pernah menyayanginya. Tapi itu lah sikap segelintir manusia, jika tidak ada pedoman hidup atau hidup berlandaskan nafsu amarah semata-mata.

Saya beranggapan antara punca masalah tersebut kerana adanya sikap mementingkan diri dan menganggap diri sahaja yang betul.

Ramai daripada kira mungkin berhadapan dengan kerenah manusia ini. Perangai seperti ini yang disebut narsistik, menyusahkan ramai orang, kerana beranggapan dia seperti manusia superior, bangga diri ingin mendominasi orang lain dan dialah sahaja yang betul.

Manusia berperangai ini berpotensi besar menyusahkan orang lain, malah lebih berbahaya jika perangainya luar kawal, mencederakan orang lain.

Pakar kaunseling berpendapat narsistik merupakan satu bentuk gangguan personaliti, yang semakin mengancam kehidupan manusia.

Mungkin kerana tekanan hidup, stres atau berdepan provokasi dan tidak dikawal. Kita banyak mendengar kisah yang dilaporkan, perbuatan mencederakan orang lain dan membawa kesan buruk bergantung kepada situasi.

Sebagai contoh, dalam mengharungi bahtera rumah tangga, ada kes kes yang kita baca berkenaan wanita atau isteri yang dicederakan pasangan.

Kes ini membawa kesan lebih buruk bagi pasangan rumah tangga kerana kesannnya akan melarat kepada anak, akibat pergaduhan suami isteri akibat panas baran dan sikap suami yang dikatakan narsistik ini.

Gelora rumah tangga berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah antaranya masalah kewangan, tidak matang mengendalikan masalah rumah tangga, sikap masing-masing suami dan isteri yang enggan beralah dan bertolak ansur, kesabaran yang kurang dan sikap saling menyayangi yang semakin terhakis.

Semua masalah tersebut semakin parah apabila sikap narsistik ini wujud terutama kepada suami yang menganggap dia sahajalah yang betul dan kata-katanya benar belaka.

Itulah sebabnya apabila kata-katanya disanggah, maka berlaku perselisihan faham, pergaduhan dan akhirnya penderaan, si isteri tetap menjadi mangsa.

Apabila isteri menjadi mangsa, dengan kesabaran yang semakin tidak dapat bertahan, dia akan meminta cerai dan kesannya anak anak hidup dengan ibu bapa yang berpisah.

Seorang pakar kaunseling keluarga dan remaja, Taquddin Ab. Mukti berkata, narsistik berpunca daripada sikap individu yang mempunyai kecenderungan merasakan dirinya terlalu hebat, lebih superior daripada orang di sekelilingnya, di samping keinginan yang tinggi untuk rasa dikagumi dan kurang empati terhadap orang lain.

Sikap narsistik ini menjejaskan hubungan dalam pelbagai kategori sama ada sebagai rakan serumah, rumah tangga dan organisasi.

Berlaku implikasi besar jika sifat narsistik ini berlaku dalam alam rumah tangga hingga boleh berlaku perselisihan yang akhirnya berlaku penderaan dan akhirnya perceraian.

Banyak laporan yang kita baca menunjukkan implikasi sedemikian termasuklah antaranya kalangan selebriti.

Beliau tidak menolak kemungkinan kes tersebut berlaku kerana sifat-sifat narsistik ini, boleh membuatkan hubungan interpersonal mereka tergugat.

“Kehidupan seorang selebriti penuh dengan warna warni, melalui zaman kemuncak dan zaman kejatuhan. mereka berasa bangga ketika disanjung oleh peminat dan rasa suram sekiranya peminat melupakan mereka.

“Hal ini sangat berkait rapat dengan gaya hidup yang dikaitkan dengan persaingan mengejar populariti, glamor, dan lain-lain

“Sudah pasti daya tindak yang tinggi diperlukan untuk melalui dan menangani masalah ini.

“Kalau dilihat artis lama seperti Datuk Yusof Haslam dan Datuk Dr M.Nasir, persoalannya bagaimana mereka mengekalkan status mereka dalam industri hiburan dan kehidupan sosial mereka?

Seingat saya mereka tidak berhadapan dengan masalah, malah mengelakkan terpalit dengan isu yang boleh menggugat keberadaan mereka dalam dunia seni.

“ Walaupun pada dasarnya mereka bukan malaikat, belajar daripada kesilapan yang dilalui dan buat ubah suai sebaiknya, “ ujar beliau .

Berbanding artis generasi sekarang, menjadikan populariti sebagai tunjangan keberadaan mereka dalam industri. Dulu mereka adalah pempengaruh utama tetapi kini persaingan mereka semakin tinggi, tidak perlu hebat menyanyi atau berlakon boleh jadi pempengaruh.

Semua ini kata Taquddin memberi tekanan kepada mereka, iaitu kalau dulu personaliti narsistik mereka terkawal, apabila tekanan semakin tinggi kemungkinan besar mereka telah masuk ke fasa NPS (narsistik personality disorder). Dalam fasa ini, kesan paling dekat adalah hubungan suami isteri. Kalau dulu isteri merupakan pendukung kuat kepada kejayaan suami begitulah sebaliknya.

Bagi beliau, bagi mengatasi masalah tersebut, mereka kena mengakui diri mereka ada masalah.

Kedua, mereka perlu mendapatkan rawatan awal daripada pakar klinikal sama ada doktor dan pakar psikologi.

Doktor atau pakar psikologi akan menilai pola-pola tingkah laku, perasaan, dan hubungan seseorang untuk menentukan sama ada mereka memenuhi syarat untuk diagnosis gangguan ini.

Antara rawatannya adalah rawatan psikoterapi untuk menangani gangguan personaliti narsistik (NPD) ini.

Dalam pada itu, menurut pensyarah Kanan Program Psikolgi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku Fakulti Sains Kesihatan UKM Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali sifat narsistik individu dalam organisasi atau syarikat pula menyusahkan kerana ego berpusat kepada diri ini menganggap hanya dirinya sahaja yang hebat dan perlu dengar serta diberi keutamaan.

Kata beliau, antara faktor utama individu berkelakuan sedemikian kerana sejarah dia dibesarkan tanpa dipedulikan ibu bapa dan terpaksa menguruskan diri sendiri tanpa bimbingan atau teguran ibu bapa yang juga bermasalah.

“Ini masalah kecelaruan personaliti yang terbentuk daripada bagaimana individu ini membesar tanpa dipedulikan atau bimbingan ibu bapa.

Mereka tergolong dalam individu permasif , membesar tidak dipedulikan ibu bapa, tidak pernah ditegur jika melakukan kesalahan atau membesar dalam keluarga yang terabai.
Individu tersebut mungkin kreatif dalam hidup, mampu mencari penyelesaian sendiri demi kelangsungan hidup.

Namuk kata beliau dalam sesebuah organisasi jika perawatan ini ada, mereka akan menyusahkan kerana diri sendiri yang betul tidak suka cadangan orang lain atau orang lain, dalam organisasi perlu mendengar kata beliau sahaja. Maka ahli organisasi akan sepakat tidak mendengar kata beliau, dan mungkin memulaukannya

Yang lebih bermasalah apabila individu narsistik ini merupakan ketua dalam organisasi yang kata beliau sahaja perlu didengar dan diikuti setiap masa.

“Organisasi akan jadi kucar kacir dengan perangai individu berkenaan. “Bayangkan apabila ahli organisasi mula memulaukan individu narsistik ini dan secara perlahan-lahan mereka memulaukanya, maka komunikasi tidak lagi berlaku, organisasi kucar kacir, “ ujarnya.

Organisasi jadi huru hara kerana wujudnya invividu sikap toksik dalam organisasi.
Mereka yang tidak tahan dengan perangainya akan menjauhkan diri dan tidak ada algi ahli yang rapai dengannya bagi mengelak sakit hati.

Mereka yang rapat mungkin sekadar berpada pada. “Siapa yang sanggup mendekati atau berhubungan kerana dia boleh menyakitkan hati orang lain, apatah lagi individu ini tiada ada empati

kepada orang lain, ujar beliau lagi. Dia hanya akan sedar tentang masalah dirinya apabila perasan orang sudah menjauhkan diri

Bagi Dr. Mohammad Fitri Zainuddin, Pegawai Perubatan Pakar Jabatan Psikiatri Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM istilah narsistik digunakan untuk menggambarkan seseorang yang tampak mementingkan diri sendiri, gemar membanggakan pencapaian, dan sentiasa mencari perhatian serta pengiktirafan.

Maka, kesimpulannya, penting memahami bahawa di sebalik penggunaan santai istilah ini, terdapat sebuah masalah mental yang lebih kompleks dan serius, kesihatan mental melibatkan corak pemikiran dan tingkah laku yang dicirikan oleh rasa penting diri melampau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN