SUBSIDI secara pukal bagi petrol RON95 telah menjadi isu utama kerana perbelanjaan besar yang mencecah RM81 bilion pada tahun 2023. Sebagai langkah mengurangkan beban fiskal negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan melalui Belanjawan 2025 bahawa golongan T15 atau mahakaya bakal dikenakan harga pasaran semasa bagi petrol RON95. Manakala 85 peratus daripada rakyat akan terus menikmati harga subsidi RM2.05 per liter. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kemudiannya menjelaskan bahawa pengelasan…