KEDUDUKAN, kuasa dan peranan mufti dalam undang-undang di Malaysia buat masa ini hanya terletak dalam akta dan enakmen pentadbiran agama Islam di negeri-negeri. Sebagai contoh di Wilayah-wilayah Persekutuan, perihal mufti ini hanya diperuntukkan sebanyak tujuh seksyen sahaja iaitu di Seksyen 32 hingga 38 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505). Sebagaimana yang kita ketahui, Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Tanah Melayu, merupakan satu wilayah Islam yang terkenal…










