KE arah pembentukan masyarakat Madani, sektor pendidikan telah mengharungi perubahan ketara melibatkan sekolah tahfiz yang kini dipilih bukan sahaja sebagai tempat belajar dan menghafaz al-Quran, malah untuk menyediakan pelajar-pelajar ini dengan pelbagai kemahiran yang ditawarkan melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) antaranya kimpalan, penghawa dingin, celik media digital, automotif, pembuatan perabot, reka bentuk dalaman, reka bentuk fesyen dan elektrik. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober…