ENTAHLAH, sama ada mahu tertawa atau perlu memandang serius akan kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, TAN SRI JOHARI ABDUL, berkenaan kualiti perbahasan ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat, yang masih belum mencapai tahap memuaskan. Sudahlah dikatanya tidak membuat ulang kaji, malah ahli Parlimen dilihat masih ‘terperangkap’ dalam mainan politik berbanding mengutamakan hal-hal pembangunan negara bangsa. Memanglah bukan semua dalam kalangan 222 ahli Parlimen bersikap seperti itu. Hanya segelintir. Bagaimanapun, ada juga…