STATISTIK Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015 mendedahkan satu per tiga rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas berdepan masalah mental. Pada tahun 2019, tinjauan yang sama menunjukkan setengah juta rakyat Malaysia mengalami gejala kemurungan. Pada tahun yang sama juga, Kementerian Kesihatan Malaysia telah merekodkan sebanyak 2.3 peratus orang dewasa dan 9.5 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun mengalami masalah mental. Angka ini dijangka akan terus meningkat…