MELIHAT gelimangan masalah kerajaan, politik dan haru-biru kehidupan hari ini, apakah pemimpin politik Melayu di dalam dan di luar kerajaan masih punya perjuangan? Jika masih ada, perjuangan apa bentuknya dan ke mana hala tuju bangsa dan negara selepas ini? Perkataan perjuangan elok bunyinya dan sangat evokatif dalam erti kata bertindak, berusaha mencapai intisari gerakan bersama dan seterusnya beroleh yang terbaik untuk rakyat. Namun di manakah perjuangan orang Melayu pada hari…