KERAJAAN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluncurkan Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) bertujuan untuk memperkemas dan memperkukuh usaha pemantapan tatakelola dalam sistem pengurusan pentadbiran kerajaan. Jawatankuasa ini menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) bagi memastikan tindakan segera, berfokus dan lebih berkesan dapat diambil dalam menangani isu-isu kelemahan tatakelola yang boleh menyebabkan ketirisan wang kerajaan, pembaziran serta risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna…










