SUDAH hampir sebulan kita berada dalam tahun 2024, tetapi jika dilihat kepada isu-isu yang dibangkitkan, kita seolah-olah masih lagi berada pada tahun 2018. Politiknya tidak bergerak, masih lagi bercakap tentang tebuk atap dan akuan bersumpah (SD) untuk tumbangkan kerajaan, sementera ekonomi pula tersangkut kerana politik yang tidak stabil. Isu rasuah yang berpanjangan selain tentangan terhadap reformasi ekonomi yang cuba dilakukan kerajaan menyebabkan kita tepu tanpa ada tanda-tanda Malaysia akan kembali…