BARU-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan pasukan bola sepak Perlis yang terkenal dengan julukan Singa Utara sebenarnya masih mempunyai masa depan dan mampu bangkit semula selepas lebih sedekad seolah-olah hilang dalam peta bola sepak negara. Di peringkat akar umbi, Perlis sebenarnya mempunyai begitu ramai bakat atau ‘ubi muda’ yang mampu menyinar di peringkat lebih tinggi. Kalau bukan di negeri ini, boleh menjadi rebutan pasukan-pasukan besar lain. Malah ia terbukti apabila wakil…