DARI semasa ke semasa, saya menulis topik berkaitan Enakmen Rizab Melayu (ERM) yang diperkenalkan British pada 1 Januari 1914 untuk melindungi tanah rizab Melayu. Objektif dan matlamat ERM amat jelas. Pertama, menyekat tanah kerajaan dalam kawasan rizab Melayu dilupuskan dengan apa-apa cara kepada bukan Melayu. Kedua, menyekat tanah berkenaan dibuat apa-apa urus niaga persendirian antara orang Melayu dan bukan Melayu. Namun begitu, nampaknya apa-apa yang termaktub dalam ERM, Wasiat Raja-raja…










