DARI satu segi, kita harus berbangga bahawa bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa rasmi terbaharu di Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Sehubungan ini, terdapat sembilan bahasa lain iaitu Arab, Cina, Inggeris, Perancis, Hindi, Itali, Portugis, Russia dan Sepanyol yang diangkat sebagai bahasa yang boleh digunakan untuk perhubungan profesional, selain dalam mesyuarat UNESCO dengan iringan interpretasi lisan spontan dan terjemahan tulisan kemudian. Dari segi lain, bahasa kesepuluh…










