Keselamatan makanan adalah isu besar yang penting bagi sesebuah negara. Ia bukan persoalan remeh bersifat jangka pendek. Persoalan ini tidak seharusnya dibincangkan dan didebatkan dalam masa-masa tertentu sahaja bila terdesak. Persoalan keselamatan makanan seharusnya menjadi dasar negara yang jelas. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom mempunyai dasar dan pelaksanaan ini dengan jelas sekian lama. Perkembangan sektor industri tidak sekali-kali menidakkan dasar berkaitan pertanian dan pengeluaran makanan utama. Pengeluaran gandum, jagung dan keperluan makanan asas mereka tidak terjejas. Bahkan melebihi keperluan penduduk. Mereka mampu mengeksport gandum dan jagung secara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya