RAMAI rakan mahu kami mengulas tentang konsep karamah insaniah dalam keadaan negara beralun dengan pelbagai dimensi isu, budaya serta polemik yang menyentuh pemikiran dan firasat ramai orang. Masih ingat lirik lagu ini? Hidup bagaikan pentas opera, tirai hidup dibuka, cerita pun bermula. Daripada lirik ini, kami membawa penerokaan anda berkaitan konsep karamah insaniah dari penelitian dan pengamatan kami berdua. Mungkin wujud pihak-pihak yang tidak berapa selesa dengan kata berbunyi Arab…










