DALAM Sidang Kemuncak Bumi di Rio De Janeiro pada 1992, Malaysia antara 178 negara yang berikrar mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan hijau dilitupi hutan dan pokok. Sehingga kini, Malaysia masih mengekalkan komitmen itu di mana kawasan berhutan adalah 18.05 juta hektar atau 54.58 peratus daripada keluasan tanah negara. Laporan Penilaian Sumber Hutan Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2020 menyenaraikan Malaysia antara 25 negara membangun diiktiraf sebagai Negara Hutan Tinggi, Penebangan Hutan Rendah. Malaysia juga diiktiraf antara 12 negara di dunia yang memiliki spesies-spesies majoriti di bumi dan terlalu kepelbagaian atau mega-kepelbagaian.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya