PERLEMBAGAAN Persekutuan jelas membahagikan bidang kuasa Persekutuan, negeri serta bersama, di mana dengan jelas Dewan Undangan Negeri (DUN) diberikan kuasa untuk menggubal apa-apa perundangan berkenaan senarai negeri termasuk bidang kuasa agama. Kewujudan dua peringkat perundangan ini tidak boleh dinafikan kerana ia melibatkan suatu sejarah perundangan yang panjang. Antara perkara yang berada di bawah perihal bidang kuasa negeri termasuk perundangan syariah. Oleh demikian, perundangan syariah perlu dihormati dan diiktiraf sepertimana sistem…










