HUKUMAN dan pemulihan merupakan dua perkara terkandung di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah negeri-negeri. Hukuman dikenakan kepada pesalah syariah yang telah melakukan sesuatu perbuatan kesalahan dan kemudiannya disabitkan oleh mahkamah syariah. Kesalahan ditakrifkan sebagai ‘apa-apa perbuatan atau peninggalan dijadikan boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun Islam dan di atasnya mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa.’ Pesalah syariah berdepan hukuman denda, penjara atau sebat, bergantung kepada keputusan…










