BARU-BARU ini, dua penganalisis politik membuat pemerhatian bahawa Pakatan Harapan (PH) akan kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram pada 9 September ini. Profesor Madya Dr. Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia meramalkan akan ada suatu bentuk penolakan dalam kalangan pengundi Melayu terhadap kerajaan perpaduan di kerusi itu. Ia didorong oleh ketidakpuasan hati mereka terhadap situasi ekonomi semasa. Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar juga bersetuju bahawa kedudukan PH…










