DALAM artikel saya yang lepas telah membincangkan tentang kelembapan ekonomi semakin dirasai berdasarkan data-data terkini diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia khususnya Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI). Saya berpendapat, kerajaan perlu menyegerakan satu pakej rangsangan ekonomi dengan menyediakan rangsangan fiskal dan menghalang penurunan lebih lanjut dalam pengeluaran ekonomi. Saya juga terkesan dengan keluhan para pengguna mengenai kenaikan harga barangan yang dilihat semakin meningkat. Saya berharap kerajaan dapat merangka langkah-langkah dan strategi segera…










