“APABILA menjadi pemimpin, tugasmu menjadi payah – Jangan ikut resmi ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul kerana yang berjalan betul itu bukan kaki tetapi hati nurani” – Sasterawan Negara Baha Zain. Saya kira mutiara kata ini amat bersesuaian dengan keadaan semasa di mana kerajaan digasak agar mempercepatkan Rang Undang-Undang (RUU) Dana Politik seperti telah dicadangkan dan didraf sebelum ini. Di Malaysia, masih tiada perundangan yang mengawal selia pendanaan politik. Malah…










