BUKAN sekali dua ungkapan ‘kita akan berusaha mengembalikan kegemilangan Malaysia’ dipertuturkan oleh pihak-pihak tertentu. Malah ungkapan begitu kerap didengar. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyebut lagi ungkapan demikian pada sesi Temu Anwar di kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, baru-baru ini. Dilaungnya kata-kata itu dengan penuh bersemangat sambil mendapat teriakan gemuruh dan tepukan tangan, menggegar Dewan Tuanku Canselor tanda sokongan daripada pelajar-pelajar serta para hadirin. Syukurlah, jika itu…










