KAMPUNG saya di Bukit Pasir, Muar, Johor merupakan sebuah pekan yang mempunyai penduduk melebihi 10,000 orang. Mengikut catatan sejarah, pekan itu dibuka pada 1884. Tempat itu terletak 11 kilometer (km) dari bandar Muar dan tiga km dari pekan Jorak. Dalam lingkungan tiga km dari pekan Bukit Pasir, terdapat tiga batang anak Sungai Muar, iaitu Sungai Raya, Sungai Terap dan Sungai Merbudu. Bot kecil atau sampan boleh berulang-alik di saliran tersebut.…










