LAPORAN lebih 70,000 banduan di negara ini dikenal pasti mempunyai nilai produktif untuk menjadi sumber tenaga kerja tempatan, sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing adalah satu berita yang sangat dialu-alukan. Selain dapat menampung keperluan tenaga pekerja, ruang dan peluang seperti ini sudah tentu boleh memberikan sinar harapan kepada banduan untuk memulakan kehidupan baharu kelak. Tatkala negara berhadapan masalah kekurangan tenaga pekerja terutama di sektor 3D (kotor, bahaya dan…










