NEGARA yang sejahtera dan lestari perlu mempunyai komuniti mampan dari segi pengamalan nilai dan budaya positif dalam norma kehidupan seharian. Islam juga menekankan soal integriti dalam kehidupan bukan sahaja manusia malah keseluruhan alam semesta. Integriti terbentuk melalui nilai-nilai amanah, jujur dan kebolehpercayaan dalam memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri. Dengan kata lain, pengamalan nilai integriti adalah dengan melakukan perkara yang betul walaupun tidak dilihat oleh orang-orang di…










