KEMPEN menu makan tengah hari atau makan malam semurah RM5 memang menarik perhatian dan banyak yang memperkatakan mengenainya. Difahamkan kempen itu bertujuan meringankan beban golongan kurang kemampuan yang berdepan kenaikan harga barang tidak terkawal. Malah, kempen ini juga khabarnya bersandarkan nilai-nilai keinsanan yakni prihatin dengan tekanan hidup golongan berkenaan. Oleh hal demikian, dengan adanya kempen itu, golongan disasarkan mendapat makanan diet yang cukup pada harga RM5. Dari sudut angka, menu…










