NILAI integriti dilihat semakin pudar dalam kalangan segelintir syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membantu kerajaan menerusi penyaluran dana atau bantuan kepada golongan memerlukan. Kewujudan dana seperti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana); Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra); Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan sebagainya bertujuan membantu rakyat yang terkesan dek tekanan ekonomi sepanjang pandemik Covid-19 malah mampu meningkatkan kemahiran serta potensi diri. Sebilangan rakyat terkesan dan terbeban dengan isu kehilangan pekerjaan, pengangguran, masalah perniagaan malahan sehingga ada terpaksa ditutup kerana keadaan ekonomi secara umumnya tidak berkembang seperti biasa.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya