MAJLIS Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2022 yang julung kalinya diadakan di negara ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. AIGA merupakan salah satu pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) selaras dengan peranannya sebagai peneraju utama pembudayaan dan penerapan nilai-nilai integriti serta tata kelola di segenap lapisan masyarakat di negara ini. Usaha ini juga adalah selari dengan mandat baharu yang diberikan kepada IIM oleh kerajaan untuk memantapkan kualiti dan prestasi tata kelola sektor awam serta swasta di Malaysia. Selain itu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya