RAMAI teruja apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan istilah ‘cerakin’ dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara pada 27 November lalu. Agak menghairankan kerana istilah itu sebenarnya sudah lama wujud dan lazim digunakan termasuk dalam mata pelajaran Matematik sekolah rendah. Kekalutan yang muncul secara tiba-tiba mengingatkan saya kepada insiden pada Oktober 2019 di mana Siti Kasim mempersoalkan penggunaan istilah ‘takwim’ oleh Kementerian Pendidikan. Memang aneh kerana sejak saya di sekolah rendah pada 1970-an, istilah itu sudah digunakan secara meluas. Drama bersiri Kudeta di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya