PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan berlangsung pada 19 November ini. Satu keputusan penting pengundi bagi melihat apakah akan terbentuk sebuah kestabilan politik negara pasca PRU15. Tanpa terhasilnya sebuah kestabilan, maka matlamat sebenar pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu secara mudahnya mengalami kegagalan. Empat gabungan parti utama yang bertanding merebut 222 kerusi Parlimen iaitu Pakatan Harapan (PH) di 206 kerusi, Barisan Nasional (BN) di 178 kerusi serta Perikatan Nasional (PN)…










