BUDAYA politik dan demokrasi di negara ini sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mengalami anjakan paradigma besar dan unik. Barisan Nasional (BN), dahulunya Parti Perikatan yang menguasai Dewan Rakyat sejak mencapai kemerdekaan ditumbangkan. Bekas Perdana Menteri diseret ke mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram telah pun didapati bersalah oleh mahkamah dan kini menjalani hukuman penjara dan denda jutaan ringgit. Kali pertama berlaku dalam sejarah negara.…










