SUASANA Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di lapan kerusi Parlimen di Terengganu masih tenang apabila jentera parti-parti yang bertanding tidak ghairah berkempen pada minggu pertama selepas hari penamaan calon, 5 November lalu. Pada PRU sebelum ini, Terengganu merupakan antara negeri ‘panas’ dengan kempen-kempen agresif di beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Besut. Malah sebelum ini, polis memaklumkan sebanyak tujuh lokasi panas dikenal pasti pada PRU15 melibatkan hampir…










