Seni teater moden memberikan ruang sangat luas kepada karyawan yang mempunyai idea luar biasa melakukan eksperimen. Sifatnya yang tidak terbingkai oleh ciri-ciri khusus seperti teater tradisional memungkinkan karyawan merentas garis kreativiti biasa. Salah satu keseronokan berkarya dalam teater moden adalah dapat mencuba sesuatu yang baharu. Ada ruang berkarya selagi tidak melanggar adab agama, budaya dan moral. Selebihnya boleh dilakukan bukan sahaja mencari kelainan malah menghasilkan penciptaan baharu. Teater sedemikian boleh…