FILEM yang baik adalah yang dihasilkan oleh karyawan sekali gus menjadi pemikir pada zamannya. Apabila kearifan dalam seni dan pemikiran digabungkan, maka yang tercipta adalah karya yang boleh dijadikan rujukan walaupun selepas zamannya. Sesebuah karya yang dibina oleh pemikiran akan terus hidup merentas zaman dan relevan dalam pergulatan sosial berbeza. Malah terus hidup dan memberikan penyataan mengenai suatu masa lalu berkaitan manusia, sikap dan pemikiran mereka. Hayat filem yang nilainya…










