PADA awal tahun ini, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden menyatakan kebimbangan tentang meningkatnya diskriminasi dan serangan berpilih terhadap masyarakat Islam di India. Washington mempersoalkan penyalahgunaan kuasa kerajaan di pelbagai peringkat kerana dikatakan gagal mengawal dan melindungi hak golongan minoriti. Pernyataan terhadap New Delhi tersebut walaupun demikian dilihat agak lembut dengan hanya menyatakan keprihatinan Washington terhadap apa yang berlaku. Tiada ancaman sekatan diplomasi atau ekonomi…










