BILAKAH Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan? Inilah soalan yang hangat sedang diperkatakan baik dalam kalangan pemimpin politik, ahli parti mahupun mereka yang tidak pernah keluar mengundi. Yang pastinya, PRU15 sudah semakin hampir, cuma tarikhnya sahaja yang kita belum tahu. Namun, bahangnya sudah panas membara. Ramai yang cuba meneka tarikhnya, malah ada yang begitu yakin dengan tekaan mereka seolah-olah dapat meramal apa yang bakal berlaku. Saban hari pelbagai kenyataan…










