BARU-BARU ini, saya berpeluang menemu bual Pengasas dan Presiden Pusat Kajian Keamanan dan Rekonsiliasi, Profesor Dr. Mehmet Sukru Guzel yang berpangkalan di Geneva, Switzerland. Saya cukup tertarik dengan kepakaran beliau mengenai isu-isu antarabangsa terutama di wilayah yang jarang diperkatakan seperti Afghanistan dan Kashmir. Kebanyakan daripada kita sekadar tahu daripada kulitnya tetapi tidak isinya. Menurut kajian Mehmet, Amerika Syarikat (AS) dikatakan telah membekukan sebanyak AS$7 bilion rizab Bank Pusat Afghanistan yang kini disimpan dalam akaun bank AS, menghalang pentadbiran Taliban daripada mengaksesnya selepas menguasai Kabul pada 2021 dengan Perintah Eksekutif Presiden…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya