TANGGAL 7 Oktober ini merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh rakyat apabila kerajaan membentangkan Bajet 2023. Bajet 2023 amat kritikal susulan situasi ekonomi semasa tidak menentu disebabkan ketidaktentuan ekonomi global. Kesan daripada krisis sejak 2020 iaitu pandemik Covid-19 belum berakhir, ditambah pula pelbagai krisis global lain yang berlaku secara serentak dan berterusan termasuk peperangan antara Ukraine dan Russia, krisis keselamatan makanan dan kenaikan harga barangan. Kenaikan harga barang pada ketika ini sememangnya sesuatu yang amat meresahkan semua pihak khususnya golongan B40 dan M40, lebih-lebih lagi ia membabitkan barang makanan. Sekiranya membeli…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya