PENULARAN pandemik dan peperangan menyebabkan aktiviti pengeluaran dan pengangkutan barang terjejas. Gangguan rantaian bekalan global mengakibatkan permintaan dan pembekalan barangan di pasaran menjadi tidak seimbang. Pada hakikatnya, permintaan terhadap barang keperluan harian tetap tidak akan berubah walaupun dalam situasi sebegini. Namun, pembekalan tidak setara akan menjadi faktor pendorong kenaikan kos. Berikutan itu, harga barang keperluan harian meningkat. Kebelakangan ini berlaku kenaikan harga barangan secara drastik sehingga mencapai tahap merisaukan rakyat.…










