AMALAN penjagaan kebersihan diri yang baik sewajarnya menjadi formula penting yang menyumbang kepada tahap perlindungan kesihatan seseorang individu. Hal ini penting kerana kebanyakan wabak mahupun penyakit yang sedang melanda baik masyarakat dunia mahupun rakyat kita pada ketika ini boleh dikatakan berpunca daripada amalan penjagaan kebersihan yang kurang memuaskan. Virus Covid-19 misalnya dapat dielak dan ditangani dari dijangkiti jika kita mengamalkan budaya penjagaan kesihatan yang betul dan baik. Itulah sebabnya sejak…