ADA pihak yang mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh memberitahu bahawa pertumbuhan ekonomi negara meningkat kukuh dan mampan sedangkan terdapat banyak rungutan rakyat mengenai kenaikan kos sara hidup, kenaikan kadar inflasi, masalah bekalan makanan dan sebagainya. Sebenarnya terdapat dua perspektif bertentangan dalam membicarakan soal ekonomi negara. Perspektif yang pertama ialah soal pertumbuhan ekonomi negara meningkat kukuh dan mampan yang kebanyakannya adalah benar kerana ekonomi negara memang sedang memulih. Perspektif yang kedua ialah…










