SEKURITI makanan sepatutnya ditangani serupa dengan ancaman keselamatan seperti dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan. Yang saya maksudkan di sini adalah keadaan terdapat bekalan makanan mencukupi secara tetap. Makanan itu pula dapat dibeli dengan harga berpatutan, bernutrisi atau berada dalam kualiti yang baik. Dunia hari ini sememangnya memerlukan buah fikiran mana-mana kerajaan yang kritis, lebih penting lagi kreatif dalam menangani isu dan masalah ekonomi. Sama seperti memastikan…