ALLAHYARHAM DATUK Salleh Buang, 81, yang meninggal dunia semalam pernah bertugas sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara di Kuala Lumpur serta Profesor Tamu di Fakulti Geoinformasi dan Hartanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor sehingga 2013. Beliau berkelulusan ijazah Barrister-at-Law dari Lincoln’s Inn, United Kingdom pada 1970. Pada 1972, beliau dilatih di bawah program pascasiswazah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague, Belanda. Allahyarham yang dilahirkan di Muar, Johor dan kini menetap di Alor Setar, Kedah turut menyertai sektor korporat sebagai Ahli Lembaga Penasihat Syariah di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya