DARI 24 ke 28 Mei lalu, saya telah berpeluang mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rombongan membuat lawatan ke Jepun dengan dua tujuan utama iaitu mengadakan perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan menyampaikan ucaptama di Persidangan Nikkei Ke-27. Sejak menjadi Perdana Menteri pada 21 Ogos lalu, beliau terus mengekalkan hubungan erat antara Malaysia dan Jepun. Walaupun sebelum ini tidak bersua, tetapi beliau telah…










